monolog: peluang kedua
nama kau Jaime Vera dan kau membenci Mateo Vidal sejak dia merenggut anakmu jauh.
malam itu, deringan telefon seakan pisau belati yang menusuk jiwamu; dalam. kau doktor. kau tahu benar seberapa mampu tubuh manusia menahan sakit. tapi kau, tak pernah terbayang bahawa kesakitan (hari itu) mengatasi segalanya, dan sakit itu pula entah punya nama depan dan akhir.
masa berlalu dan kau sedari, kesedihan itu seperti haiwan liar: sama ada kau jinakkannya, atau akhirnya ia kuasaimu. dan kau biar ia kuasaimu sebab bukan saja anakmu direnggut mereka, hukuman untukmu lebih teruk.
kenangan menjadi bebayang yang bakal menghantui sisa hidupmu. kau percaya kekosongan ini dapat dibalas dengan hukuman yang setimpal. tetapi pembunuh itu cuma dapat empat tahun, dan itu tak cukup. sejak itu, takkan ada hal yang kaurasakan cukup. kau cuma bahagia bila dia menderita. tiba-tiba saja, hidup memberinya sesuatu yang kau takkan pernah miliki: peluang kedua. pembunuh anakmu bebas dari penjara dan lahir semula. fahamlah kau kini, bebayang itu takkan pernah berhenti menghantui.
—
rahsia seperti tumor. jika terasing, tak berbahaya. jika merebak, membawa maut.
—
Mateo Vidal: kau tak menyangka bahawa manusia boleh dilahirkan dua kali, dan ianya dari kemaafan seorang wanita (Sonia) yang telah kauhancurkan jiwanya. berterimakasihlah pada ihsan sang malaikat yang pernah hidup sengsara. dan berterimakasihlah pada kuasa peluang kedua.

the inoccent, ep. 8.