monolog: begitulah hidup yang saya pernah tahu

mungkin kamu tak perasan sebab ia ada di belakang kamu. maksud saya, keperibadian seseorang itu ibarat plum jeruk pada bebola nasi. orang itu bebola nasi dan plum itu melekat pula di belakangnya.

pelbagai jenis bebola nasi dari pelbagai ramuan di dunia ini; berbeza rasa, bentuk dan warna. demikianlah ia terletak di belakang masing-masing, tak semua orang perasan hal ini.

mereka lihat diri sendiri dan fikir, "saya tak punya apa-apa, saya cumalah nasi putih." padahal benda itu tak betul sebab bila mereka pusing, nah, buah plum itu tetap ada.

Tohru Honda, Fruits Basket.

pernah tak kamu fikir betapa tak munasabahnya keberadaan kamu di dunia ini? saya pernah. sewaktu di sekolah rendah, gred enam, kami sekeluarga pergi tonton perlawanan besbol di stadium. saya tak minat besbol tapi saya teruja sesudah tiba. ramai sangat orang masa itu. orang-orang di seberang stadium tampak seperti butiran beras yang dibungkus bersama.

saya tertanya-tanya: adakah semua penduduk di Jepun berkumpul di sini? kemudian saya tanya Ayah berapakah jumlah sebenar orang di stadium. dia cakap jika semua tiket perlawanan terjual, maksudnya sekitar lima puluh ribu oranglah.

sesudah perlawanan, jalan menuju stesen dibanjiri manusia. saya jadi kagum. betapa ramai orang di sekeliling saya tetapi jumlahnya cuma sebilangan kecil penduduk di Jepun.

sebaik tiba di rumah, saya capai kalkulator dan buat kira-kira. jumlah penduduk di Jepun seratus juta, bahagikan jumlah lima puluh ribu tadi kepada jumlah itu, dapatlah satu per dua ribu. saya terpegun lagi.

bukan cuma saya seorang saja di tengah lautan manusia di stadium itu, tapi selautan manusia itu pula ibarat setitis air di laut.

saya anggap diri saya istimewa sebelum ini. saya gembira bersama keluarga dan saya fikir pelajar sekelas di sekolah saya merupakan orang-orang paling istimewa di dunia ini.

tapi saya sedar, benda itu tak betul.

perkara yang saya rasa seronok itu cumalah perkara biasa di mana-mana sekolah di sekitar Jepun. semua orang di Jepun pasti setuju. sebaik saya sedar perkara ini, tiba-tiba saja hidup saya sudah tidak bermakna lagi.

gosok gigi kemudian tidur; bangun pagi kemudian bersarapan; semua orang buat benda sama saja. bila saya perasan semua orang buat benda sama setiap hari, saya mulai rasa bosan. sekiranya ada ramai orang di dunia ini, pastilah ada seseorang di luar sana yang menjalani kehidupan serba menarik. saya yakin.

kenapa orang itu bukan saya?

itu sajalah yang mampu saya fikir hingga tamat sekolah. pada waktu yang sama juga, saya sedar sesuatu. perkara yang menyeronokkan itu takkan jadi kalau kamu cuma duduk dan tunggu.

oleh itu, saya berfikir nak ubah diri bila masuk sekolah menengah rendah. supaya dunia ini tahu saya tak adalah seronok berdiam diri dan menunggu saja. dan saya pun buatlah apa yang perlu. namun akhirnya, tak ada apa yang berlaku. tiba-tiba saja saya dah masuk sekolah tinggi.

saya cuma berharap, ada sesuatu yang akan berubah.

Haruhi Suzumiya, The Melancholy of Haruhi Suzumiya.

sejak taufan berlalu, pulau jadi semakin sejuk. angin yang melintasi tebu jadi sedikit nyaman dan langit tampak tinggi. sisi awanan kian lembut, dan budak sekelas saya dah mulai berjaket membonceng motorsikal. pada waktu saya kembali meluncur ombak, enam bulan sudah pun berlalu. walaupun sudah masuk pertengahan Oktober, musim panas masih terasa hangatnya.

Kanae Sumida, 5 Centimeters per Second.

malamnya, sebelum saya masuk tidur; paginya, sewaktu saya terjaga; saya sedar saya berdoa untuk hujan. keadaan saya teruk masa itu.

saya sedarinya pada hari yang cerah itu dengan perasaan berdebar. dia sudah pun bekerja; terlalu jauh dari saya. dia sekadar mewakili rahsia-rahsia dunia (sejujurnya, cuma ada dua perkara yang saya tahu): pertama, dia mesti fikir budak limabelas tahun seperti saya cumalah budak biasa. kedua, membuat kasut adalah satu-satunya perkara yang membawa saya keluar dari sini.

Takao Akizuki, The Garden of Words.

saya lahir di sebuah ladang kecil di kawasan utara Tembok Rose, di tanah kepunyaan Keluarga Diraja Reiss. saya cuma ingat yang saya sering membantu di ladang. Mak pula cuma tahu membaca buku. tak pernah sekali pun saya nampak dia bekerja.

Mak seorang yang cantik. pada waktu malam, seseorang akan datang dengan gerabak dan Mak ikutnya ke bandar dengan berpakaian cantik. begitulah hidup yang saya pernah tahu. sesudah belajar membaca dan menulis, saya baca buku untuk tiru Mak. masa itulah saya rasa sunyi.

dalam semua buku itu, ibu bapa jaga anak-anak mereka. mereka berbual, berpelukan, bertengkar. begitulah seterusnya. saya tak pernah buat semua itu.

suatu hari, disebabkan rasa ingin tahu, saya cuba peluk Mak. saya nak tengok air mukanya. dia tolak saya ke tepi, tapi itulah perkara pertama yang Mak pernah buat dekat saya. ia buat saya gembira. "kalaulah saya mampu nak bunuh budak perempuan ini!" itulah kata-kata pertama Mak kepada saya.

setelah itu, Mak tinggalkan rumah dan mulakan hidup di tempat lain. selepas lima tahun berlalu, pada malam selepas beberapa hari Tembok Maria runtuh, saya jumpa Ayah untuk pertama kalinya. lelaki itulah penguasa di tempat kami tinggal. Mak yang dah lama saya tak jumpa nampak takut. "kalaulah… kalaulah saya tak lahirkan kamu!" itulah kata-kata terakhir Mak saya.

Historia Reiss, Attack on Titan.