sementara matari masih berahi
i setinggi mana pun kau berada hari ini, kau takkan mampu melihat apa yang ada di depan hari. masih ingatkah lagi kau pada Jack and the Beanstalk?
iya, jawabmu, dia juga tak mampu pergi lagi tinggi.
ii adiwira bukanlah tiket pengekang nafsumu semata. cukuplah kau sedar bahawa hidup ini menuju ke mana; adakah sekadar memerah keringat, meladeni tubuh berkepala dua? menyarung pula janji dan jampi demi menghambat rezeki dan tuah?
barulah kemudiannya dunia ini tak kau sia-siakan menikmatinya bak ladang kebaikan?
iii jatuh mengajarmu cara bersyukur meski sakit tak mengenal mangsa. ia menelanjang senyummu yang kadang pudar berbau lumpur / melangkaui semangatmu yang berkocak binasa / sedia memburu onakduri / memulas dan mencerai reranting dosa yang membekas di hati.
iv sungguh, manusia yang kau cintai itu masih setia menunggu di hujung hari. tempat kau melepas lelah dan kecewa setelah kau biar dunia ini memelukmu dan kau pula lemas dalam dakapannya.
v dunia ini memang sakit; sakitnya berhikmah.