(ibu) kota
(foto)
longkang yang menganga
seperti doaku sebelum tidurtak mampu menampung
tak mahu menanggung
tak sudi pula menelan
limpahan air hujan di ibu kota.
menghujani tanah menjadi lumpur
membasuh luka menjadi lampau
memanggil pula bekas di hati
agar aku turut sama tenggelam.
—
catatan musim hujan (dis2020), teruntuk mama.
