selamat tinggal, J.
"I never had any friends later on like the ones I had when I was twelve. Jesus, does anyone?"
---
---
babak terakhir Stand by Me (1986) selalu buat saya tersenyum. benda-benda yang kita lalui atau rasai sewaktu kecil tak sama macam bila kita dah besar. contohnya, berkawan. keluar rumah, bermain dengan jiran, tiba-tiba esoknya dah boleh makan-makan di rumahnya. pergi sekolah, berkawan dengan rakan sekelas, esoknya, kami dah rancak bercerita. saya budak pemalu tapi abah saya dan bapa J mengajar di sekolah yang sama, jadi, tak susah pun cari kawan. dan bila saya fikirkannya semula, gelaran 'anak cikgu' masih melekat walaupun saya dah tak mampu ingat kenapa ia rasa begitu istimewa dulu. mungkinlah saya rasa ianya istimewa sebab saya cuma mampu pandang orang tua saya dari sisi pekerjaan mereka. si kecil saya, waktu itu, pernah rasa istimewa bila keluar dari rumah hanya untuk sekadar merasa '...versi begini pun sudah cukup.' saya sukar meletakkan diri di tempat mereka, atas alasan, orang dewasa memang begitu. mereka dah biasa pendam dan padam. tak perlu bahas apa-apa. tak perlu cengeng. tak perlu rimas-rimas jaga tepi kain orang. dan begitu jugalah caranya saya berdikari -- perlu sentiasa melepaskan dan melupakan, berbanding tuding jari dan buruk siku.
J pula buat saya hidup seadanya saja. saya dan J berkawan baik sehingga tamat sekolah rendah. kami melekat macam dunia ini kami berdua yang punya. dia ajar saya guna komputer, ajar saya kirimkan surat kepada crush, dengar lagu-lagu Westlife dan tanpa saya fahaminya, dia memberitahu, mark sebenarnya gay. kami luangkan banyak masa bersama lepas waktu sekolah dan kadang-kadang, saya sanggup skip sekolah petang semata-mata untuk teruskan pengembaraan. ada dua sebab lain kenapa saya tak gemar bersekolah petang: pertama, TV9 rajin tayangkan rancangan kartun sehingga maghrib. kedua, pakcik bas sekolah suka raba budak perempuan -- saya tak faham benda ni dulu tapi ia buat saya rasa jijik dengan diri sendiri. rumah J pula terletak di seberang jalan, jadi, dia cuma pulang bila tak ada kawan bermain. kadang-kadang kami tunggu sehingga kawasan sekolah jadi lengang, kadang-kadang saya sempat tidur di rumahnya sementara abah selesai kerja. kalau bosan, kami lebih suka berlari di sepanjang pagar yang memisahkan sekolah kami dan sekolah menengah di bawah bukit. ya, srk st. anthony duduk di atas bukit. saya ingat lagi, setelah tayangan phsm keluar, maya karin dan bunga harum sundal malam jadi bualan orang ramai. kami pula tak sengaja jumpa pokok bunga tersebut sewaktu berjalan melintasi pagar -- mungkin kami tak perasan pun sebelum ini. ia cuma tumbuh di satu tempat, dan J cakap, ada penunggu di situ. saya tahu dia bergurau, tapi dia mesti malu kalau saya cakap itu sebenarnya kedengaran bodoh dan lucu. maka, saya iyakan saja. sama macam bila dia paksa saya mengulang tulis contengan cakar ayamnya di buku dan bertegas, itu tulisan kuno dan saya perlu kuasainya. sewaktu mama dikejarkan ke hospital di ibu kota, abah ada urusan di luar negeri dan terpaksa bergegas pulang. bapa J lah yang menghantarkan kami lima beradik menjenguk mama. dan macam budak-budak lain, saya, J dan adik-adik lebih seronok bermain-main di taman -- masih berbaju sekolah. kakak pula tak mahu ikut bermain sebab dia lebih sibuk menangis. saya pernah kongsikan cerita ini dulu, bahawa J pernah menulis dalam karangannya, saya jadi pendiam selepas kematian mama. saya tak pasti apa yang J fikir bila dia tulis begitu. saya cuma sempat baca bahagian itu, dan rasa kelakar tiap kali cikgu suruh kami bercerita pasal kawan baik. saya baik yang macam mana? tapi saya tak tanyakan pun. kami memang jarang bercakap mengenai hal peribadi. kami tak pernah ambil gambar bersama. dan kami tak kisah pun siapa lagi bergaya siapa lagi rajin siapa lagi laju -- benda-benda remeh yang budak kecil suka besar-besarkan. ataupun, mungkin, saya lebih suka simpan banyak rahsia. contohnya, saya selalu fikir dunia saya kosong dan saya lebih rela bersembunyi di dalamnya. tak dinafikan -- kami macam langit dan bumi. enam tahun terasa begitu singkat. dan saya sangat selesa berkawan dengan J. saya jadi bersemangat untuk ke sekolah sebab J buat saya percaya, banyak benda-benda baru yang kami akan temui sekiranya kami rajin mencarinya. mungkin kami masih mentah. mungkin kami cuma dua budak perempuan yang bercita-cita hendak menjadi kool macam hannah montana.
membesar di pekan kecil tak susah pun. kita kenal orang yang sama. kita tahu orang ini duduk di kampung mana, taman mana, lorong mana. dan kalau saya hendak cari J sekarang pun, saya boleh carinya di medsos, atau melalui keluarga, tapi saya putuskan untuk tak buat apa-apa sebab saya tak pasti apa yang buatkan kami dah tak bercakap.
tamat upsr, kami dah jarang berjumpa. waktu itu, saya tak ada telefon bimbit. apalagi telefon rumah mahupun internet. kalau hendak mesej kawan, saya pinjam telefon kakak. jadi, saya banyak habiskan masa di rumah atau di kampung atau bermain dengan jiran setaman. saya tak tahu pun sekolah asrama wujud. saya tak tahu kenapa budak-budak pandai perlu disumbat di situ dan duduk jauh dari keluarga, walaupun hakikatnya, kakak dah pun setahun bersekolah asrama penuh. dan bila saya dapat tahu J bersekolah asrama... tak ada apa-apa yang berlaku pun. saya tak tanyakan pun kakak, J sihatkah? saya tetap teruskan hidup macam biasa. habiskan beberapa bulan pertama bersekolah di tempat abah mengajar -- abah suruh saya cuba temuduga kemasukan februari tetapi gagal, mungkin sebab saya tak tahu apa itu tiga qul, atau mungkin saya memang tak sungguh-sungguh pun hendak pergi jauh dari rumah. benda ni kelakar, sebab ingatan saya selalu lompong. saya tak sedar pun kakak tak ada di rumah. mungkin juga sebab kami tak pernah rapat dan saya cuma fokus terhadap adik-adik yang ada di depan mata. saya ingat, sayalah kakak. tapi bila kakak pernah dituduh mencuri dan mereka cakap gaji cikgu tak seberapa pun, saya tekadkan hati: saya hendak bersekolah sama dengan kakak, lindungi kakak dan marahkan orang-orang yang sedihkan kakak. beberapa minggu kemudiannya, abah suruh lekas-lekas kemas buku dan beg. saya tinggalkan kelas tanpa saya tahu pun sebabnya. dan saya hafal sangat apa jadi pada hari itu dan sesudahnya. ia merupakan hari saya tersedar, saya sentiasa gagal meluahkan apa yang membebani hati. saya paksakan saja diri untuk keluar dari pekan kecil itu dan tinggalkan kenangan. tinggalkan orang-orang yang entah bila lagi akan berjumpa. tak sempat ucapkan selamat tinggal pun. sudah separuh perjalanan, fahamlah saya, esoknya saya kena mulakan hidup di tempat baru.
sediakan barang-barang keperluan, selesaikan pendaftaran, kemudian malamnya, saya masih terjaga -- masih sukar pejamkan mata. sepatutnya saya beranikan diri untuk cari J dan tanyakan khabar. entah kenapa, saya tak buat apa-apa pun. saya semacam lupa ingatan. saya tak faham kenapa saya ada di sana. kami sepatutnya terus berkawan, dan mungkin, kami mampu sama-sama bertahan. saya tak sedar pun kami bertemu lagi di ruang yang sama, belajar di kelas yang sama. kami tak berdendam, dia nampak hepi, tapi kami tak bercakap pun. mungkin kami dah dewasa. mungkin kami dah sedia melepaskan tanpa perlu ucapkan apa-apa. tak lama selepas itu, J berhenti disebabkan homesick. dan sekali lagi, saya tak sempat ucapkan selamat tinggal. meskipun lima tahun terasa begitu hambar, terus terang, saya dah belajar biasakan diri dengan ketiadaan J. dan kami sekeluarga pun dah pindah ke ibu kota selepas kehadiran ummi. saya dah pandai cari kawan tapi tiap tahun jadi makin sukar disebabkan sistem kelas mengikut kdt. saya kerap tukar-tukar kawan. kerap tukar minat dan hobi dan cita-cita. pada tahun terakhir, saya berkawan dengan seseorang -- seseorang macam saya. orang yang buat saya rasa selamat dan mampu diselamatkan. kami selalu bertukar buku nota, habiskan masa bersama walaupun tak berbual. saya tak pernah akuinya, bahawa persahabatan kami istimewa, sebab dia pelajar junior dan mustahil kami berdua ini sama. setelah tamat spm, saya tak bercadang untuk terus berhubung dengan sesiapa. saya terlewat sampai ke sekolah, terlepas naik ke pentas, dan usai saja majlis, saya tergesa-gesa balik tanpa ucap apa-apa. dan saya jumpa J lagi sewaktu temuduga biasiswa, berbual sepatah dua dan balik. kemudian masuk program asasi di luar negeri dan berjumpa lagi, walaupun sekejap, sebab J sambung belajar ke luar negara. macam biasa, tanpa ucapan selamat tinggal. tamat asasi, tamat praktikal, tamat universiti... tanpa ucap apa-apa.
dan saya fikir, mungkin sayalah orangnya yang tak tahu mengucapkan sesuatu kepada orang lain pada saat mereka perlukannya. saya lebih selesa pendam, hilangkan diri dan berharap: mereka sentiasa baik-baik saja. such is life... cuma mampu berharap, berharap dan berharap. kemudian, matikan cerita.