moga Tuhan cerakinkan kita dari kecanduan untuk merasa, dan juga rindu-rindu yang akan wujud sesudahnya.


saya dah lama teringin mau kemaskan barang-barang mak, tapi tak pernah pula saya mulakan -- entah kenapa. minggu bertukar bulan, dan kemudian ia pun jadi tak begitu penting. tapi hari ini, saya berjaya kemaskan dua buah bilik dan separuh loteng itu.

kebanyakan orang jahit petikan-petikan dari Bible cuma, tapi mak saya pula, mak ambil petikan dari buku Lamentations. ia semacam belas kasihan tersendiri, kan, untuk mendekatkan diri kepada kemusnahan Yerusalem.

kami pernah bela burung sewaktu saya kecil dulu. burung merpati. mak habiskan masanya berminggu-minggu mendirikan satu kurungan di luar tingkap di dapur. dia beli banyak burung belaan dari tanah besar. sesudah burung merpati itu tiba, benda pertama mak hendak lakukan cumalah potong sayap mereka. kemudian dia panggil saya, yang ketika itu baru berumur tujuh tahun, dan menyuruh pula saya memegang burung-burung itu sementara dia mengerjakan mereka. saya tanya mak kenapa dia buat begitu dan dia cakap, "supaya burung itu tak terbang jauh."

mak beritahu saya -- begini, saya kan masa itu masih berumur tujuh tahun -- dan dia cakap lagi, "setiap orang akan rasa bagaimana sayap mereka patah nanti." dan saya tanya mak soalan seterusnya. itulah satu-satunya soalan yang budak kecil akan tanya bila dia dengar hal-hal semacam itu. saya cakap, "mak, betulkah sayap mak pernah patah?" dan dia balas, "oh ya. pada hari kamu dilahirkan." dia pegang pengetip itu, saya pula pegang burung dalam tangan. ia mendekut saja di situ, sama macam kucing yang berdengkur. ia percaya kepada saya. saya dapat rasakan sesuatu, kemudian melepaskannya pergi. mak terus pukul saya. perangainya berubah. kerap mabuk, menjerit, memukul, sesuatu yang lebih ketara, sesuatu yang begitu pasif-agresif, tapi maksud di sebalik semua itu jelas -- yang saya dah rosakkan hidupnya. tapi si kaki kecil pula? dialah yang menyelamatkan hidup saya.

sebab saya lakukannya. saya buat apa yang saya dah rancangkan. saya lari dari rumah pada usia 16 tahun. saya nak jadi pelakon, jadi bintang terkenal. saya mengembara dan hidup seadanya saja. dan suatu hari saya terjaga dan bila pengaruh dadah sudah pun memudar, saya lihatnya dan tersedar saya telah mengahwini seseorang seperti mak saya. pada mulanya, lelaki itu manja, bertukar menjadi kejam. dia jadi kaki botol dan juga kaki pukul. saya hafal sangat bahasa tubuh itu. saya tahu. mungkin saya akan terus saja di sisinya. mungkin saya akan mati saja di rumah itu. tapi saya terjaga pagi itu dan saya rasa pelik, rasa tak sedap badan. jadi, saya terus ambil ujian, dan saya nampak tanda tambah yang kecil itu, dan saya sekadar merenung, merenung dan merenung. kemudian saya kemas beg-beg yang ada dan tak pernah toleh ke belakang lagi selepas itu.

bayi itulah yang selamatkan saya. dan kini pula, dia sudah tiada. macam mana itu boleh terjadi? adakah itu boleh terjadi?

erin greene, ep. 4, midnight mass (2021).