saudara, saya kembali untuk mengeluh (lagi)
(foto)
saya di medsos sekarang ini, terutamanya di Twitter, sekadar menjadi silent reader jak. jikalau ada isu menarik untuk dikupas, saya terus baca kemudian buat pilihan: biarkan ia membusuk? atau muntahkan ia dalam draf? maka, terhasillah timbunan draf dalam fon sejak beberapa bulan ini tapi tak berani lagi saya noktahkan mereka apa-apa. sebab saya pikir, walaupun tak ada yang baca, penulisan saya masih belum cukup ramuan; masih berbau syok sendiri, terlalu bersifat dear-diary-ish untuk dihidang. atau sebenarnya di sebalik keluhan saya ini, saya mungkin lebih gemar melabel diri begitu begini berbanding ketuk kepala untuk cari jalan pulang?
tapi hasil tetaplah kosong.
saya jadi penat bila saya perlu hadap fasa-fasa kelabu semacam ini, lagi-lagi bila saya kerap berperang dengan kepercayaan yang saya imani selama ini. ndak kisahlah perkara apa pun: masak kari ayam pakai santan Kara atau perah, cenderung ke kiri atau ke kanan, kentut sekarang atau lepas Isyak, cakna politik atau hiburan, beli buku sebelum cetakannya tamat, hidup seadanya saja atau simpan gambar, dan begitulah seterusnya. saya mungkin akan tanya M, tapi dia semestinya jawab: 'mana-mana awak selesalah. saya okei je.' akhirnya, dua-dua itu saya cuma pandang sebelah mata, tinggalkan sekejap di tepi dan pikir pasal benda lain pula. aneh, haha. dan fasa ini berulang sampailah saya sendiri mulai bosan dan tiba-tiba saya dah kembali bersemangat untuk tentukan apa yang saya mau.
benar, ia hal remeh tapi saya lebih 'suka' berteka-teki.
fasa sebegini beri saya ruang untuk bermuhasabah mengenai apa yang saya imani selama ini. selain konteks dan intonasi, realiti hidup saya sewaktu mengamalkan perkara sedemikian juga penting. adakah saya bersetuju atau menolak hal itu ini disebabkan saya berdarah muda? atau rasa ingin tahu yang kian membuak? banyak pilihan untuk dicuba? sebab satu susah, satu lagi mudah? hidup ini kan cuma sekali? mungkinkah sekadar membontoti perjuangan orang lain yang saya anggap benar-benar jujur? jikalau ada garis pemisah kepada ruang kelabu ini, di manakah titik awal dan akhirnya? saya tak pasti kalau soalan-soalan semacam itu perlu dimuntahkan atau tidak. satu; ia kedengaran bodoh. dua; berani buat, berani tanggunglah. tiga; kalau hidup boleh diteruskan tanpa sesuatu perkara itu, maka ia tak begitu penting pun. empat; belum cuba belum tahu.
ya Tuhan, benarlah kata M, saya perlu belajar tenangkan diri.
