the white album.
1.
kita bercerita untuk teruskan hidup. seorang puteri dikurung di dalam sebuah konsulat. lelaki gula-gula memimpin kanak-kanak masuk ke dalam laut. perempuan bogel di birai tingkap di tingkat keenam belas merupakan mangsa dosa malas, ataupun perempuan tersebut seorang ekshibisionis -- menariknya. mana satukah?
kita pujuk diri bahawa ada sedikit perbezaan jikalau perempuan tersebut bakal lakukan dosa besar ataupun hendak lakukan sebuah protes berbaur politik. boleh jadi juga, ianya bakal menjadi sebuah babak Aristofanik: dia ditarik kembali ke dunia oleh seorang bomba berpakaian seperti paderi -- orang yang jelas-jelas kelihatan di sebalik tingkap di belakangnya, orang yang tersenyum-senyum memandang kamera.
kita tercari-cari khutbah berkaitan bunuh diri, mengenai pengajaran dan hikmah di sebalik pembunuhan berlima itu. kita tafsirkan apa yang kita lihat. kita pilih yang manakah paling berguna dalam banyak-banyak piihan.
kita hidup sepenuhnya atas bebanan garis naratif pada imej-imej yang berbeza, lebih-lebih lagi jika kita ini penulis. kita hidup sepenuhnya atas idea, bersama apa-apa yang kita sudah pelajari untuk bekukan bayangan-bayangan yang berubah -- semuanya pengalaman sebenar kita.
ataupun sekurang-kurangnya, kita masih lagi hidup untuknya untuk sementara waktu.

4.
seseorang pernah menjemput Janis Joplin ke parti di sebuah rumah di kejiranan Franklin Avenue. beliau baru sudahi sebuah konsert dan mahukan brandi dan Benedictine di dalam botol air. para pemuzik tidak minum minuman biasa-biasa. mereka gemarkan sake, koktel champagne dan tequila keras.
aneh rasanya menghabiskan banyak masa bersama para pemuzik -- perlukan pendekatan yang pasif dan berjangka pendek lebih daripada apa yang saya mampu.
pertama sekali, masa tidak penting. kami akan makan malam pada pukul sembilan kecuali kami sudah pun makan pukul sebelas setengah sebelumnya, atau kami boleh saja pesannya kemudian. kami akan pergi ke U. S. C. untuk tonton Living Theater di Montecito pada bila-bila masa kereta limo itu tiba. kalau-kalau tiada siapa mabuk atau hisap rokok atau buat aturan untuk bertemu Ultra Violet. kalau-kalau David Hockney singgah. kalau-kalau Ultra Violet tiada di Montecito. kalau-kalau kami pergi ke U. S. C dan tonton Living Theater, ataupun kami akan tonton Living Theater pada malam lainnya di New York atau Prague. kami akan pesan sushi untuk duapuluh orang. pesan kerang kukus, vindaloo dan minuman rum serta bunga cinanya pula untuk rambut kami. kami mahukan meja untuk dua belas orang. paling banyak pun empat belas walaupun nanti akan bertambah enam atau lapan atau sebelas orang lagi. takkan ada satu atau dua lagi seterusnya sebab para pemuzik tak bergerak dalam satu atau dua kumpulan cuma. John dan Michelle Phillips dulu menuju ke sebuah hospital untuk melahirkan anak mereka, Chynna. dan mereka sempat lencongkan kereta limo ke Hollywood untuk tumpangkan seorang kawan, Anne Marshall.
kejadian ini -- yang selalu saya pintal kemas dalam fikiran demi memimpikan sebuah persimpangan kedua -- benar-benar mencerminkan hakikat urus niaga dalam dunia muzik.

7.
untuk dikemas dan dipakai:
2 skirt
2 jersi atau leotard
1 baju panas sarung
2 pasang kasut
stoking
baju dalam
baju tidur gaun, jubah mandi, selipar
rokok
bourbon
bag berisi:
untuk dibawa:
selendang mohair
mesin taip
2 buku conteng dan pen
fail
kunci rumah
2 skirt
2 jersi atau leotard
1 baju panas sarung
2 pasang kasut
stoking
baju dalam
baju tidur gaun, jubah mandi, selipar
rokok
bourbon
bag berisi:
syampu
berus gigi dan ubat gigi
sabun Basis
pencukur, deodoran
aspirin, ubat-ubatan, Tampax
krim muka, bedak, minyak bayi
untuk dibawa:
selendang mohair
mesin taip
2 buku conteng dan pen
fail
kunci rumah
ini merupakan senarai yang saya tampal di pintu almari pada tahun-tahun saya masih teruskan atau kurangkan kerja-kerja pelaporan di Hollywood dahulu. senarai tersebut membolehkan saya untuk mengemas, tanpa perlu berfikir, bahagian mana yang saya akan buat.
perhatikan kostum yang sengaja ditanpanamakan -- pada skirt, leotard dan stoking. mana-mana budaya pun saya boleh gayakan. perhatikan selendang mohair untuk kegunaan penerbangan jauh (tiada selimut) atau untuk kegunaan di bilik motel kalau-kalau pendingin udara tidak boleh dimatikan. perhatikan juga bourbon untuk situasi bilik motel tadi. perhatikan mesin taip untuk kegunaan di lapangan terbang dan sewaktu perjalanan pulang. rancangannya ialah kembalikan kereta sewa Hertz, daftar masuk, cari sebuah tempat duduk kosong dan mula menaip mengenai hari ini.
ketahuilah, senarai ini dibuat oleh seseorang yang menghargai kawalan, yang mendambakan pascamomentum. seseorang yang bersungguh-sungguh memainkan peranannya seolah-olah dia memiliki skrip, mendengar isyaratnya dan mengetahui naratifnya.
ada satu perkara yang sengaja tak dimasukkan di dalam senarai. sesuatu yang saya perlukan tetapi tak pernah ada: sebuah jam. saya tak perlukan jam pada waktu siang -- sewaktu saya hidupkan radio di kereta atau bila saya perlu bertanya kepada seseorang, tetapi pada waktu malam, di motel.
selalunya saya akan tanyakan di kaunter setiap setengah jam, lebih kuranglah, sampailah saya malu untuk tanyakan lagi. saya pun kemudiannya hubungi suami di Los Angeles dan tanyakannya. dalam erti kata lain, saya ada skirt, jersi, leotard, baju panas sarung, kasut, stoking, baju dalam, baju tidur gaun, jubah mandi, selipar, rokok, bourbon, syampu, berus gigi dan ubat gigi, sabun Basis, pencukur, deodoran, aspirin, ubat-ubatan, Tampax, krim muka, bedak, minyak bayi, selendang mohair, mesin taip, buku conteng, pen, fail dan kunci rumah.
tetapi saya tak pernah tahu pun sekarang pukul berapa.

---
serpihan esei Joan Didion, The White Album (1968 - 1978).