hidangan Homard.
dalam tempoh dua minggu pada penghujung Disember 2002, atas nasihat Julia Child, saya menggila dengan niat untuk membunuh. saya dah lakukan perbuatan kejam dan mengerikan.
tiada satu inci pun kawasan di Queens dan Chinatown ini yang mampu selamatkan mana-mana mangsa dari kekejaman ini. jikalau berita mengenai pembunuhan beramai-ramai ini tidak tersebar luas di dada-dada akhbar, mungkinlah alasannya kerana mangsa-mangsa tersebut bukanlah budak-budak dari sekolah Katolik ataupun jururawat berbangsa Filipina. ianya haiwan krustasia. jelas sekali, saya bukanlah seorang pembunuh. saya sedar saya bertanggungjawab atas nyawa ini meskipun ianya cumalah nyawa sang udang kara.
kami berdua teruskan perjalanan dan beli sebuah alat bantuan tidur. ia sejenis alat yang boleh tenggelamkan bunyi lori yang berderam-derum melintasi pangsapuri kami pada waktu malam. pelantang suaranya kecil, muat-muat saja bila diselit di bawah bantal. kebiasaannya, cara ini terbukti berkesan. namun, suatu petang, sebelum sempat buat apa-apa jenayah, deruan dan bunyi-bunyian yang membuai di perkarangan Oceania berdengung menyapa diri: pembunuh udang kara, pembunuh udang kara, pembunuh udang kara...
saya terjaga ketika subuh dan masih risau. hari Ahad sudah pun tiba di Long Island. lupakan dulu perihal membunuh. masalahnya, di mana pula saya boleh dapatkan udang kara? berapa harganya? bagaimana hendak kendalikannya? saya tanyakan Eric soalan tersebut bertubi-tubi sambil berharap dia sekadar jawabnya begini: betullah kata awak. susah. terpaksalah kita buatnya pada hari lain. nak Domino's? atau bakon dan jalapeno? Eric tak membalas. sebaliknya, dia keluarkan Yellow Pages dan mulai mendail. pasar ikan yang dihubunginya awal-awal tadi masih buka. perlumbaan pun bermula. pergerakan trafik di Astoria berjalan lancar. pasar ikan tak berbau ikan dan mereka letak udang kara di dalam sebuah tangki kotor. airnya berkeladak. saya cuma beli dua ekor. dan bersejajarlah bintang-bintang sesuai perintah dahulukala, bahawasannya, kedua-dua udang kara ini ditakdirkan untuk mati. saya mengharapkan udang-udang kara ini disimpan di dalam sebuah bekas sampailah tiba di rumah nanti, tetapi pekerja mereka masukkannya ke dalam beg kertas pula. katanya, sesuai disimpan di dalam peti sejuk. katanya lagi, udang-udang kara akan kekal segar sehingga hari Khamis. aduhai.
saya ambil dan letakkannya di tempat duduk belakang kereta -- iyalah. takkanlah dipangku di riba pula, kan? sepanjang perjalanan, saya tak senang duduk. saya asyik terdengar beg kertas dironyok-ronyok dek udang kara yang bersungguh-sungguh mencakar. walaupun hakikatnya, udang kara tidak mampu ke mana-mana. agaknya sesiapa pun akan diam bila terasa lemas.
penerangan Julia mengenai resepi Homard Thermidor pula terlalu ringkas. kenapalah setiap kali buntu dan perlukan bantuan, Julia sering berbasa-basi. contohnya, beliau tak cerita pun cara-cara menyimpan udang kara. buku Joy of Cooking pun samalah, tetapi sekurang-kurangnya, buku tersebut memberitahu bahawa udang kara mestilah kelihatan bersemangat dan meronta-ronta saat dikeluarkan daripada tangki. begini... udang kara saya tak meronta-ronta pun. Joy pesan, kalau udang kara semacam lembik, ia mungkin akan mati sebelum dimasak nanti. bunyinya seolah-olah dunia 'kan berakhir. saya mengintai beg kertas di dalam peti sejuk itu -- mata hitamnya membulat di tangkai dan sesungutnya melambai-lambai di hadapan muka saya.
sudah puas saya telaah pelbagai cara mematikan udang kara, terutamanya cara-cara yang lebih berperikemanusiaan: biarkannya di dalam peti sejuk beku; celupkan ke dalam air sejuk berserta ais, kemudian angkatnya dan segera direbus. kononnya untuk kelirukan udang kara bahawa ia tidak direbus secara hidup-hidup; atau patahkan tulang belakangnya menggunakan pisau.
saya tahu semua cadangan ini tak mampu selesaikan apa-apa pun melainkan untuk legakan emosi si tukang masak. saya campakkan saja udang-udang kara tersebut ke dalam periuk yang mendidih airnya bersama vermouth dan sayur-sayuran. dan akhir sekali -- menggelabah!
periuk itu tak cukup besar. biarpun udang kara tak menjerit ketakutan setelah dicampak masuk ke dalam air, sepintas lalu saja, keadaan mereka yang kaku itu benar-benar menyayat hati.
ibaratnya, dalam sekelip mata, kereta yang kau pandu terbabas di luar kawalan. kau melihat kereta itu takdirmu dan bila-bila saja, kesakitan bakal sedarkan makhluk-makhluk ini dari koma asfiksia. saya tahu dan saya tak mampu letakkan tudung periuk itu! ianya terlalu dahsyat. suami saya yang pemberani atau pembunuh itu terpaksa kendalikannya. saya sangkakan dia akan rebah seperti saya sebab dia tak macam seorang Field & Scream pun. mungkinlah genetik-genetik kejam para syerif di Texas barat menjadi penyuntik semangatnya. dia berjaya takluk pepijat tersebut. tak perlu kecoh-kecoh sangat pun.
kata orang, udang kara cetuskan kekacauan yang melampau di dalam periuk, kononnya, ia meragas naik mencari jalan keluar. saya tak perasan. saya habiskan duapuluh minit kemudiannya dengan menonton permainan golf di televisyen. bunyi televisyen pula saya tinggikan ala-ala konsert Metallica -- iklan Titleist itu hampir-hampir pecahkan cermin tingkap. bila saya masuk semula ke dapur, udang-udang kara tersebut merah-menyala. tak ada huru-hara pun. Julia pesan, udang kara betul-betul dah masak bila sesunggut yang panjang itu boleh ditarik keluar dari soketnya dengan mudah. betullah. kasihan. saya keluarkan mereka dari periuk. lebihan kuahnya saya rendidihkan bersama cendawan. saya tapiskan pula kuah tersebut untuk ketepikan sisa-sisa sesungut atau apa-apa sisa lainnya, lalu saya adukkannya bersama mentega dan tepung menjadi roux.
pada awal-awal saya dan Eric mulakan gabungan jenayah ini, Eric akan uruskan hal ehwal kematian, saya pula uruskan kerja-kerja pemotongan. inilah lelaki serius, lelaki yang sama, yang dah tanggalkan dua ekor krustasia daripada gelungan abadi mereka sebelum ini. dia keluar dari dapur setelah saya bacakan kuat-kuat bahagian seterusnya, bahawa saya perlu belah udang kara kepada dua, memanjang, dan pastikan kulitnya masih utuh.
tapi ini hal kecil saja. kali ini, kata-kata Julia yang ringkas bukanlah petunjuk kepada bencana yang akan berlaku. pisau tersebut betul-betul menusuk, walaupun kalau dilihat dekat-dekat, potongannya tidaklah sesempurna yang disangkakan. dan bila Julia suruh saya buang kantung pasir di kepala serta usus-usus, saya boleh fahaminya. kantung pasir itu memang jelas. tapi bila dia nyatakan, bersihkan karang dan benda hijau dengan penapis halus, saya jadi mati akal. semuanya mengenai benda hijau. apa benda hijau ini sebenarnya? kenapa Julia tak jelaskan? satu-satunya benda hijau yang saya jumpa terletak di bahagian najis, jadi saya batalkan saja niat. setelah selesai semuanya, saya keluarkan isi daging satu persatu. pecahkan sepitnya menggunakan penyepit. bersihkan bulu-bulu halus dan tarik kepingan isi daripada kakinya. benda hijau yang telah ditapis telahpun dipukul bersama kuning telur, krim, sesawi dan serbuk cili kering, lalu dituangkan ke dalam roux tadi dan didihkan. isi daging tersebut ditumis menggunakan sedikit mentega. kemudian, masukkan sedikit koniak dan biarkannya mendidih. kacaukan sekali cendawan yang sudah direndidihkan berserta dua pertiga sos. curahkan campuran tadi ke atas empat ekor udang kara yang sudah dibelah dua, tuangkan lebihan roux, taburkan parmesan, calitkan mentega, kemudiannya, masukkan ke dalam pemanggang.
saya akuinya, ia memang lazat.
saya memburu mangsa ketiga di Chinatown, pada hari hujan, seminggu kemudiannya. saya burunya di tengah-tengah kesibukan para pembeli -- yang berpusu-pusu membeli beg-beg tiruan menjelang Hari Krismas -- dan orang-orang yang memakai payung nan berbahaya. pengguna payung di Chinatown berkelakuan seperti orang-orang yang bertubuh kecil. pada hari hujan, dan ia sering hujan di Chinatown, sesiapa pun perlu berhati-hati ketika melangkah. kalau tidak, butalah mata. mahkluk itu dah tak teraba-raba setelah pekedai lelaki itu ikatnya dan sumbatnya ke dalam beg plastik. dia masukkan lagi beg plastik tersebut ke dalam sebuah beg kertas dan serahkannya kepada saya sesudah enam dollar bertukar tangan. saya agak cemas ketika membawanya masuk ke dalam tren. manalah tahu kalau-kalau ia sengaja buat bising dan tarik perhatian sesiapa. namun, beg kertas tersebut diam-diam saja macam beg kertas lainnya.
...pembunuhan kali kedua terjadi seperti pembunuhan kali pertama: dikukus di dalam air bersama vermouth, daun saderi, lobak dan bawang merah. udang kara yang merah-menyala pun dibelah dengan cara yang sama. isi dagingnya dikeluarkan. cengkerangnya pula disumbat dengan isi yang dah ditumis, kali ini pula, dengan sos krim yang dimasak menggunakan lebihan kuah udang kara. silapnya, saya terlebih masak. kami duduk di hadapan Homard aux Aromates sambil saya luahkan kepada Eric, belah udang kara kepada dua dah mula buat saya rasa puas. "saya dapat rasakan, saya memang ada bakat."
Eric pandang saya. saya boleh baca dia sedang memikirkan mana dia perempuan cerewet dan berhati lembut yang dia pernah kahwini dulu. "bila semua ini dah selesai, siapa tahu, mungkin awak akan selesa melapah anak anjing pula."
ia buat saya seram-sejuk.
...saya pasti, sesiapa pun akan cuba sekali dalam seumur hidupnya untuk menyembelih haiwan, untuk dijadikan lauk. tetapi kalau sesiapa perlu potong haiwan itu kepada potongan kecil-kecilan, semasa ia masih hidup, hal itu saya kurang pasti. lebih menakutkan, Eric dah tanam sesuatu dalam fikiran saya: entah-entah saya sukakannya?

-- Julie and Julia (2005), Julie Powell.