ini bukan soal bahagia atau duka; ini cumalah momen-momen singkat yang berulang sediakala.
saya bukanlah seorang yang ceria. bila saya beritahu hal ini kepada orang lain, mereka cakap mungkin saya tak bahagia. mereka sangkakan, pilihannya cuma dua; sama ada saya betul-betul senang hati atau saya inilah si celaka yang malang. orang tak ambil tahu pun kalau-kalau ada spektrum untuk hal semacam itu, bagi mereka, ia tentang dua nasib cuma. bahagia dan tidak bahagia.
tapi saya tak pernah bahagia pun. saya rasa seronok. saya rasa gembira. dan itu semua pula cumalah sementara. mau jadi bahagia maksudnya perlu sesuatu yang berkekalan. perlu lengkapkan semua prasyarat, barulah kemudiannya kau akan mampu hidup bersama hakikat kebahagiaan itu selamanya. maksudnya, kau dah menang. kau berjaya singkirkan lawan yang terakhir. kaulah wira. kaulah yang terhebat. kau sempurna.
bila saya perlekehkan hal mengenai kebahagiaan ini, hujah balasnya tetap sama. oh, saya yakin! yang penting perjalanan hidup itu sendiri, kan? tapi sebenarnya, tak pun.
cakap-cakap mengenai perjalanan hidup ini selalu dikaitkan dengan idea bahawa perjalanan itu mestilah indah-indah belaka, penuh gelak dan tawa cuma. dan mana-mana perjalanan pun perlukan titik akhir, kalau tidak, kau bukan semacam Frodo, kau cumalah si gelandangan yang berjalan tanpa arah bersama barang-barang kemas yang dicuri.
masalah bahagia di sini samalah macam Pluto juga. bertahun-tahun lama dulu, Pluto digemparkan telah dilucutkan gelaran planetnya, tapi ia bukan silap Pluto. ia cara kita mentakrifkan perkataan planet itu sendiri. perkataan planet berasal dari bahasa Greek yang bermaksud pengembara. ia digunakan untuk menerangkan mana-mana jasad (cakerawala) yang bergerak di langit bertatakan bintang.
waktu itu, hal-hal rumit masih lagi samar-samar untuk dinoktahkan. adakah sesebuah planet itu mengelilingi matahari dalam orbitnya sendiri? adakah laluan orbitnya sendiri-sendiri saja? ada bulan? bermacam saiz? itulah soalan-soalan yang timbul setelah manusia mentakrifkan semula maksud planet. juga, soalan-soalan sama yang memperlekehkan nasib Pluto.
Pluto bukan lagi planet sebab dulu-dulu kita tak mampu mentakrifkan perkataan planet itu dengan baik.
saya tak bahagia sebab takrifan bahagia kita itu tak bagus mana pun. sebaliknya, ia sekadar cara kita berbasa-basi dalam menggambarkan betapa sakitnya (spektrum) perasaan manusia itu. hakikatnya, pengalaman kita mengenai hal-hal bahagia itu sangatlah rapuh. ia boleh saja musnah pada saat kita berteka-teki -- ia wujud atau tidak.
mungkinlah saya ini lain. mungkin saya memang cemas dan pemarah sejak lahir, dan begitulah caranya saya berdamai dengan alam semesta. mungkin saya dah memang serabut, dan orang lain pula rasa apa yang saya tak rasa. atau mungkin mereka sebenarnya celaka juga. itu tak munasabah, kan. sebab kononnya saya tak bahagia, saya tak berpura-pura begitu pun. sebaliknya, saya sibukkan diri. saya ambil tahu. saya teruja. saya buat benda-benda yang sekurang-kurangnya beri erti kepada diri saya walaupun ia tak buat saya bahagia.
saya berlari. saya lari limapuluh batu jauhnya. lari di gunung sampailah kuku kaki saya tercabut. lari sampai kaki saya luka, kulit saya terbakar, dan tulang-temulang saya menjerit.
saya membaca. saya baca buku-buku hebat yang rumit dan tebal. saya baca cerita-cerita pendek dan bodoh belaka. saya baca sampailah cerita-cerita itu lebih menyeronokkan berbanding cerita orang-orang di sekeliling saya.
saya bekerja. saya kerja duabelas jam sehari. kerja sampai mau pecah kepala, lupa makan dan tiada sisa-sisa lampu di luar. saya kerja sampailah saya rasa rimas.
bila saya buat semua itu, saya tak ada pun tersenyum atau senang hati. saya memang tak bahagia. hakikatnya, bila saya buat semua itu, saya selalunya rasa terseksa. tapi saya buat juga sebab saya mampu meletakkan makna ke atasnya. saya rasa dikerah. saya buatnya sebab saya sukakan sakit dan cabaran, dan saya betul-betul berminat. saya mau bina sesuatu, kemudian rosakkannya. saya mau sibukkan diri, jadi indah, dan dipenuhi sepuluh ribu bahagian yang berfungsi seadanya. saya mahukan sakit untuk saya dapat sembuh.
saya bukanlah tak bahagia pun, saya cuma suka sibukkan diri dan saya ada minat. dan itu sebenarnya memadai.

how to be perfectly unhappy, karya the oatmeal.